Followers

Pages

Demi masa...sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian..

Guru Bimbingan Sepenuh Masa

Guru Bimbingan Sepenuh Masa

Guru Bimbingan Sepenuh Masa

Monday, August 31, 2009

Merdeka

Bersyukurlah dilahirkan di bumi ini sebagai umat Melayu. Besar sungguh anugerah Allah kepada manusia bernama Melayu. Di Malaysia, lahir sahaja seorang Melayu pasti agamanya diperakukan sebagai Islam. Islam, nikmat yang tiada tolok bandingnya di dunia dan akhirat. Apa kata kalau kita ditakdirkan lahir sebagai bukan Melayu, belum tentu agama kita Islam. Hatta jika lahir di kota Mekah pun dengan nama Ibrahim, Ahmad, Musa atau nama-nama nabi yang lain, belum dijamin Islam atau tidak. Silap-silap boleh jadi majusi atau sebagainya.

Begitulah nikmatnya jadi Melayu.........Ingat-ingat, fikir-fikir, kenapa ramai Melayu yang sudah tidak mahu mengaku Melayu. Malah terang-terang kutuk Melayu. Bersekongkol dengan orang lain untuk hapuskan Melayu. Jangan jadi pengkhianat, jangan jadi hamba yang tidak bersyukur. Kufur nikmat itulah yang paling tepat!!!