(UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
SEKOLAH KEBANGSAAN AYER TAWAR
32400 AYER TAWAR
PERAK DARUL RIDZUAN
Kod Sekolah : ABA 1006 Tel/Faks : 05-6724248
E-mail:skat1006@yahoo.com
“1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
“PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN”
PROGRAM MENTOR – MENTEE
- PENGENALAN
Merupakan suatu program yang memberi perkhidmatan secara berkelompok yang berbentuk hubungan antara pelajar yang dikawal sebagai mentee manakala tenaga guru sebagai mentor. Antara hubungan mentor dan mentee ialah:
1.1 Sebagai ibubapa angkat kepada anak angkat
1.2 Hubungan pelajar dalam kumpulan mentor
1.3 Hubungan ibubapa angkat dengan ibubapa pelajar
1.4 Hubungan ibubapa angkat dengan kaunselor,guru kelas dan mata pelajaran
- ORGANISASI SISTEM MENTOR
Para pelajar UPSR dibahagikan kepada kumpulan yang dibimbing oleh 23 orang guru yang bertindak sebagai mentor. Tugas mentor adalah mengambilalih tugas ibubapa pelajar di sekolah tersebut.
- OBJEKTIF
Program ini mempunyai objektif yang tertentu, di antaranya ialah:
3.1 Memberi dorongan dan bimbingan terancang kepada pelajar UPSR agar mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan seperti yang disasarkan.
3.2 Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mentee supaya menjadi pelajar yang bermotivasi tinggi, berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang tinggi.
3.3 Membina hubungan yang rapat antara guru dan pelajar.
3.4 Membina hubungan yang lebih baik antara guru dengan ibubapa pelajar.
3.5 Mengurangkan dan sekiranya mampu menghapuskan masalah pelajar termasuk masalah keluarga,peribadi dan pelajaran.
3.6 Memberikan pengetahuan tentang bidang kerjaya dan peluang belajar mengikut minat dan kebolehan yang sesuai dengan potensi pelajar.
- KUMPULAN SASARAN
4.1 Seramai 70 orang pelajar UPSR dijadikan mentee.
4.2 Melibatkan seramai 23 orang guru sebagai mentor dan dikawal selia dan diselaraskan oleh Guru Bimbingan Sepenuh Masa sekolah ini.
- TANGGUNGJAWAB MENTOR
Tanggungjawab mentor ialah:
5.1 Susun atur perjalanan pengendalian sesi. Dari segi peralatan, kedudukan berbentuk bulatan , face to face, dan keperluan sampingan yang lain.
5.2 Gabungjalin secara sempurna semasa sesi perkenalan, perbincangan dan tentang pengalaman semasa sesi berlangsung, rumusan sesi dan penutup.
5.3 Wujudkan suasana berbentuk keberanian dalam pembelajaran, keterbukaan, kemesraan sehingga dengan sendiri mencuba dan mendorong kemahiran baru dan mempertingkat kemahiran.
5.4 Bertindak sebagai motivator yang berciri sebagai seorang yang boleh dipercayai,
bertanggungjawab dan berpengetahuan.
5.5 Menjadi contoh kepada kemahiran yang hendak dipraktikkan.
5.6 Sentiasa mengingatkan matlamat program, mengaitkan teori dan pengalaman mentee.
5.7 Mewujudkan komunikasi berkesan antara mentor dan mentee, dengan ini mentee tahu dengan jelas arahan yang diberikan dan dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing.
5.8 Sensitiff dan peka tentang wujudnya perbezaan di kalangan mentee sama ada dari segi pertanyaan, keperluan dan cara gaya berfikir.
5.9 Seharusnya ‘ enjoy himself ‘ dan seharusnya mentor mempelajari sesuatu dan mendapat manfaat dari program yang dijalankan.
6. PANDUAN MENTOR
6.1 Buat persediaan rapi, dengan ini mentee akan mengetahui matlamat program yang dijalankan.
6.2 Bina ruang untuk mengenali mentee dan mentee mengenali mentor seterusnya bentuk satu kelompok pembelajaran yang rileks agar sebarang masalah dapat dibincang dengan dengan penuh keterbukaan oleh kumpulan.
6.3 Berikan suasana yang cukup selesa kepada mentee untuk mereka berasa selamat berkongsi perasaan/pengalaman masing-masing.
6.4 Beri arahan dengan jelas, jangan biarkan mentee tertentu sahaja mendominasi pengalaman dalam sesuatu perjumpaan.
6.5 Memberi sepenuhnya ruang untuk mentee turut serta dalam perbincangan kumpulan dan penyataan pengalaman.
6.6 Perhatikan gerak non verbal(bahasa badan) dan sentiasa menyoal balas mentee terhadap kefahaman dan persepsi mereka terhadap kejadian kelompok.
6.7 Biarkan mentee berasa dipunyai oleh kumpulan dan mereka mempunyai kumpulan.
6.8 Sentiasa bersemangat dan beri tumpuan kepada apa yang sedang berlaku.
6.9 Tunjukkanminat yang mendalam kepada kumpulan dan sentiasa bertanyakan pandangan ahli kumpulan.
6.10 Jadilah pendengar yang cukup aktif.
7.PENGISIAN PERJUMPAAN MENTOR-MENTEE YANG DICADANGKAN
SESI | PERKARA | KAEDAH PELAKSANAAN |
1 | Perjumpaan mentor dengan ibubapa mentee dan majlis penyerahan mentee | Perjumpaan khas dan perasmian majlis pelancaran mentor-mentee peringkat sekolah |
2 | Penerokaan kendiri Potensi diri Semakan pencapaian peperiksaan akhir tahun lepas | Memperkenalkan latar/belakang diri Mewujudkan kemesraan Ciri-ciri negatif dan positif mentee Perbincangan keputusan peperiksaan akhir tahun
|
3 | Kemahiran Belajar | Kaedah Belajar yang berkesan Mencatat nota membaca mengingat ulangkaji Merancang ppembinaan matlamat diri
|
4 | Pengurusan Masa | Membina jadual pengurusan diri Merancang kesesuaian masa dengan subjek dan jumlah jam untuk belajar
|
5 | Masalah Akademik | Kenalpasti punca masalah Cadangan penyelesaian
|
6 | Peluang melanjutkan pelajaran | SBP SMKA MRSM RK- AGAMA/SUKAN
|
7 | Persediaan Menghadapi Peperiksaan | Persiapan asas Senaraikan tugasan penting menghadapi peperiksaan Persiapan kerohanian
|
8 | Kerjaya | Bidang Kerjaya yang kian mencabar Kelulusan yang diperlukan Pemilihan subjek yang sesuai untuk pembinaan kerjaya yang diidamkan
|
9 | Keputusan Peperiksaan | Analisispeperiksaan pertengahan/percubaan/pra UPSR Kaedah betul jawab soalan dan aspek latihan ulangkaji |
10 | Persiapan Akhir Peperiksaan | Amanat Penting |
11 | Mohon Restu | Solat Hajat Dorongan/galakan |
PROGRAM MENTOR-MENTEE
SK AYER TAWAR 2010
Bil | Nama Mentor | Nama Mentee |
01 |
Pn. Siti Patonah bt. Ghazali |
|
02 |
Pn. Zalina bt. Mohd. Noor |
|
03 |
Pn. Rohaila bt. Kamaruddin |
|
04 |
En. Mohd. Husaini b. Mohamad Takir |
|
05 |
Pn. Hamidah bt. Sharaai |
|
06 |
Pn. Norliza bt. Mat Isa |
|
07 |
Pn. Nor Hashimah bt. Awang |
|
08 |
Pn. Sobri bt. Che Man |
|
09 |
Pn. Zunaidah bt. Yakin |
|
10 |
Pn. Arfah bt. Md. Hafidzin | 1. Shahrifuddin b. Shah Arifin 2. Muhamad Faizal b. Rozali 3. Nur Aisyah Zakiah bt. Ismail Zawawi |
11 |
Pn. Norhayati bt. Yacop |
|
12 |
Pn. Emmylia bt. Mior Huthamuddin |
|
13 |
Pn. Noor Rafidah bt. Hassan |
|
14 |
Cik Farahwati bt. Norwadi |
|
15 |
Pn. Nor Hasliza bt. Hassan |
|
16 |
Pn. Rosmah bt. Amin |
|
17 |
Pn. Noor Hazita bt. Saad |
|
18 |
Pn. Rohaya bt. Adnan |
|
19 |
Pn. Asmah bt. Hj. Bolhi |
|
20 |
Cik Nurhidayah bt. Ismail |
|
21 |
Pn. Hjh. Ainon Faridah bt. Hj. Baharuddin |
|
22 |
Pn. Juhaida bt. Adzin |
|
23 |
Pn. Roslinda bt. Husain |
|
Disediakan oleh;
EN. NORMAZLAN B. HJ. MD. RAJA
Guru Bimbingan Sepenuh Masa